Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.
Isi kandungan
1 Latar belakang
2 Dasar Pecah dan Perintah
3 Dasar Ekonomi Baru
4 Isu Penolakan
Latar belakang
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.
Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.
Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.
Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.
Dasar Pecah dan Perintah
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:
1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.
2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-
penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
Isu Penolakan
Pada 13 Mac 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik (ahli DAP), Lim Guan Eng dikhabarkan menolak DEB dan DPN. Bagaimanapun beliau menafikan perkara itu melalui siaran TV3. Antara langkah yang dianggap bercanggah dengan DEB/DPN ialah 'tender terbuka'.
Nuffnang
About Me
Ex-Bounders
SC 449
meh layan jab
Middle Of The Road - Soley Soley
SABAI-SABAI (Thai Song) by ThongChai McIntyre
ทำในประเทศไทย made in thailand
KALAU BERPACARAN by sohaimi meor hassan, ana rafalli & altimet
Monday, February 23, 2009
Saturday, February 21, 2009
KONFRONTASI!!!
Konfrontasi Indonesia-Malaysia merupakan satu penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya untuk menubuhkan Indonesia Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Isi kandungan
1 Latar belakang
2 Perang
3 Akhir konfrontasi
3.1 Akibat
Latar belakang
Pada 1961, Kalimantan dibahagikan kepada empat pentadbiran. Kalimantan, sebuah negeri milik Indonesia yang terletak di selatan Kalimantan. Di utara merupakan Kerajaan Brunei dan dua negeri dibawah pentadbiran British; Sarawak dan Borneo Utara British, yang kemudiannya diberi nama sebagai Sabah. Sebagai bahagian dari pengunduran dari pentadbirannya di Asia Tenggara, British cuba menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan dengan Semenanjung Malaya untuk membentuk Malaysia.
Rancangan ini dibantah keras oleh Presiden Indonesia; Presiden Soekarno. Beliau berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah rekaan British, dan penubuhan Malaysia hanya akan memberikan pihak British menguatkan lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo ini, sehingga memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia. Filipina juga membuat dakwaan atas Sabah, dengan alasan negeri itu mempunyai hubungan sejarah dengan Filipina melalui Kesultanan Sulu.
Di Brunei, Pemberontak Kalimantan Utara (TNKU) memberontak pada 8 Disember 1962. Mereka melakukan cubaan menculik Sultan Brunei, dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Sultan Brunei berjaya melepaskan diri dan baginda meminta pertolongan dari British. Baginda mendapat bantuan ketenteraan British, Persekutuan Malaysia dan Gurkha dari Singapura. Pada 16 Disember, Komander Timur Jauh Inggeris (British Far Eastern Command) menyeru bahawa seluruh pemberontakan utama telah berjaya dipatahkan, dan pada 17 April 1963, pemimpin pemberontak ditangkap dan pemberontakan tersebut berakhir.
Filipina dan Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia apabila majoriti di daerah yang menghadapai konflik membuat pilihan dalam sebuah memorandum yang diorganisasikan oleh PBB. Soekarno pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Malaysia, Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. Namun sikap kerajaan Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan Negera Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Sukarno ternyata mempunyai ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila. Selain daripada kritikan yang keras, beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu.Semenjak demonstrasi anti-Indonesia di Kuala Lumpur berlaku, para penunjuk perasaan mengepung bangunan Duta Indonesia, dan bertindak mengoyakkan gambar Soekarno dan membawa lambang negara Garuda Pancasila di hadapan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan menyuruh beliau untuk memijak lambang Garuda. Tindakan penunjuk perasaan anti-Indonesia yang melakukan perbuatan sedemikian telah menimbulkan kemarahan Soekarno ke atas Malaysia.Soekarno yang berang akibat tindakan itu mengutuk perbuatan Tunku yang memijak-mijak lambang negara Indonesia[1] dan beliau ingin membalas dendam dengan melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia.
Perang
Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan Negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’pada akhir 1963. Konfrantasi Sukarno telah berubah dari sekadar perang kata-kata menjadi konfrantasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunku mengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.
Pada 1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia. Pada bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Aktiviti tentera Indonesia di sempadan meningkat. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia termasuk Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas Indonesia, Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk mempertahankan perairan Malaysia. Keanggotaan pasukan tentera Malaysia hanya sedikit yang dikerah dan diletakkan dibahagian pos kawalan sempadan dan kawalan unit komando. Misi utama mereka adalah untuk mencegah pencerobohan gerila Indonesia ke Malaysia. Selain pasukan tentera, kerajaan Persekutuan Malaysia turut menghantar sepasukan polis dari pelbagai cawangan untuk membantu pasukan tentera mempertahankan tanahair. Cawangan Tugas Am, Sukarelawan Polis dan Polis Bantuan ditugaskan untuk mengawal dan membuat rondaan dikampung-kampung dan dikawasan bandar. Sekatan jalanraya dengan pihak tentera dijalankan dengan ketat dan pemeriksaan ke atas orang awam turut dijalankan bagi memastikan tiadanya ejen Indonesia yang menyusup masuk ke dalam bandar dan kampung-kampung dengan menyamar sebagai orang awam. Cawangan Khas ditugaskan untuk membantu Kor Risik Diraja melakukan tugas risikan terhadap kegiatan dan aktiviti subversif yang dilakukan oleh tentera Indonesia, manakala Pasukan Polis Marin membantu Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan tugas rondaan diperairan negara serta Pasukan Polis Hutan diaturgerakkan bersama tentera darat memburu gerila Indonesia yang menyusup masuk ke dalam hutan. Pada 16 Ogos, sepasukan Rejimen Askar Melayu Diraja berhadapan dengan lima puluh orang gerila Indonesia.
Meskipun Filipina tidak turut serta dalam kempen tersebut, namun mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963. Brunei menolak gabungan dengan Malaysia dan Singapura keluar di kemudian hari.Ketegangan berlaku di kedua belah pihak di Selat Melaka. Dua hari kemudian para perusuh membakar kedutaan British di Jakarta. Beratus-ratus perusuh menyerbu kedutaan Singapura di Jakarta dan juga rumah diplomat Singapura. Di Malaysia, ejen Indonesia ditangkap dan wartawan media massa menyerang kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.
Di sempadan Kalimantan, telah berlakunya pertempuran dikawasan sempadan; gerila Indonesia dan pasukan separa tenteranya cuba mencerobohi Sarawak dan Sabah, tetapi gagal. Sebahagian besar pihak yang terlibat konflik bersenjata dengan Indonesia adalah askar British dan Australia, terutama sekali pasukan khas mereka iaitu Special Air Service(SAS). Dianggarkan, seramai 2000 komando Indonesia (Kopassus) dan 200 anggota SAS British, Australia dan New Zealand terbunuh setelah bertempur di hutan Kalimantan dengan Truper James Condon dari anggota 22 SAS British menjadi korban pertama dalam pertempuran tersebut.
Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun mendarat di Labis, Johor. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia di Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor.
Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember 1964. Sebagai protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB, Indonesia telah menarik diri daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965.
Sebagai tandingan Olimpiade, Soekarno turut menyelenggarakan GANEFO (Games of the New Emerging Forces) yang diselenggarakan di Senayan, Jakarta pada 10-22 November 1963. Pesta olahraga ini disertai oleh 2, 250 atlet dari 48 negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan, serta didatangi oleh 500 orang wartawan asing.
Pada Januari 1965, Australia bersetuju untuk menghantar pasukan tenteranya ke Kalimantan setelah mendapat permintaan dari Malaysia. Tentera Australia menghantar 3 Rejimen Diraja Australia dan Rejimen Australian Special Air Service. Dianggarkan seramai empat belas ribu pasukan tentera British dan Komanwel di Australia pada ketika itu. Secara rasminya, tentera British dan Australia tidak dapat lakukan serangan melalui sempadan Indonesia. Tetapi, unit seperti Special Air Service, baik British mahupun Australia, menyusup masuk secara rahsia (lihat Operasi Claret). Australia melakukan penyesupan ini pada 1996.
Pada pertengahan 1965, Indonesia mula menggunakan pasukan rasminya setelah kesemua pasukan komando dan sukarelawan yang melakukan penyusupan di Malaysia gagal. Pada 28 Jun, mereka menyeberangi sempadan ke timur Pulau Sebatik berhampiran Tawau, Sabah dan cuba melakukan serangan dan sabotaj ke atas kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Tawau, namun cubaan itu gagal kerana kem itu berhampiran dengan balai polis dan disedari oleh anggota-anggota polis disitu dan berjaya mematahkan cubaan itu.
Akhir konfrontasi
Menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa. Oleh kerana konflik dalaman negara, keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi dengan Malaysia berkurangan dan peperangan telah reda.
Pada 28 Mei 1966, sebuah konferensi di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, termasuk Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.
Akibat
Konfrontasi ini merupakan salah satu penyebab pendekatan Presiden Soekarno dengan PKI, menjelaskan aktiviti ketenteraan yang menggabungkan diri dalam gerakan G30S/Gestok (Gerakan Satu Oktober), dan juga pada akhirnya menyebabkan PKI melakukan penculikan pemerintah tertinggi Tentera Darat.

Thursday, February 19, 2009
Peringatan Peristiwa 13 Mei 1969

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen telah menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) pula menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan oleh pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dan menyuruh mereka kembali ke hutan.Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan perarakan besar di Selangor. Perarakan tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru ketika itu diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini juga letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (’menyingkir’) orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya yang telah melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh yang menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maafnya sudah terlambat.Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini sebenarnya tidak dirancang.
Orang Melayu mula berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur kerana marah dengan kelakuan kurang ajar Gerakan. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Tetapi rupa-rupanya, ada di anatra mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato’ Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap dikalangan orang Melayu. Pada jam 3.00 petang, berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak yang terletak hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor telah tersebar.
Bermula jam 4.00 petang, dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya juga dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Orang Cina dan pemuda Cina ini pula lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Rusuhan besar pun terjadi. Perintah darurat dikeluarkan dan semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer turut dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer mengambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Rejimen Renjer ketika itu dikatakan adalah seorang Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru mula mengamuk bila merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das tembakan turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Pentadbiran mula diambil-alih oleh Askar Melayu.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru untuk membantu dihalang. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat juga dihalang oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Angka korban
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]
Di mana Tunku
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.
Bagi orang Melayu, Dato’ Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969.Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu” (”Malay Dilemma”) oleh Tun Dr Tun Dr. Mahathir telah diharamkan.
Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.

anwar ibrahim ubah isu
anwar memang semakkan kepala orang...naper la ko ni anwar...banyak menyusahkan org ni semua bodoh punya keje la ni....
http://anwaribrahimblog.com/2009/02/20/dr-khir-dituduh-cakap-tidak-serupa-bikin-isu-foto-eli/

Raja Mengeluarkan Melayu Daripada Hindu!

Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong.Gangga Negara (abad ke-2-11) dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026.Kejatuhan Sultan Mahmud Shah dan Melaka pada 1511 di tangan Portugis telah menyebabkan baginda berkubu di Bentan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah.Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga". Oleh itu kesultanan Perak hari ini mempunyai jurai keturunan dengan kesultanan Melaka.Hari ini, negeri yang mempunyai sejarah tertua di Malaysia sedang dilanda gelombang dan badai. Sultan yang mempunyai jurai keturunan daripada kesultanan Melaka itu sedang dihina dan diinjak oleh segelintir orang Melayu dan penduduk yang asalnya bukannya penduduk asal negara ini.Saya ingin mengingatkan kepada Orang Melayu, Walaupun DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong itu adalah pelindung kepada semua rakyat Malaysia dan Raja-Raja Melayu di negeri-negeri itu adalah pelindung kepada seluruh rakyatnya tetapi bukan Melayu memang tidak akan faham tentang sejarah bangsa kita.Sebab itu lahirlah sebuah puisi baru-baru ini, bertajuk Kingdom of Purplaya dikarang oleh orang yang bernama Cecil Rajendra dan diterbitkan dalam majalah Aliran, menghina orang Melayu dengan berkata bahawa orang Melayu yang berada di negara yang disebut `Tanah Melayu' itu bukan penduduk asal kawasan ini. Orang Melayu adalah kaum pendatang. Mereka datang merantau dari kawasan-kawasan lain, terutama dari Sumatera, lalu mendakwa inilah `tanah asal' mereka. Maka dikatakan bahawa orang Melayu itu mula menuntut hak sebagai kaum bumiputera Persekutuan Tanah Melayu, lalu akhirnya mereka menggubal perlembagaan yang menetapkan beberapa hak mereka.Menurut puisi itu, orang Melayu menetapkan, dalam perlembagaan itu bahawa raja di negara ini ialah raja Melayu, agama rasminya ialah agama Islam, bahasa rasminya ialah bahasa Melayu. Selain ini, orang Melayu yang dianggap kaum pendatang ini, menuntut hak-hak istimewa yang lain lagi, misalnya dalam bidang pendidikan, dalam bidang ekonomi, dalam bidang pentadbiran, dan sebagainya (dipetik daripada rencana DATUK DR. HASSAN AHMAD,Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan)Bagi orang Melayu, Sultan-sultan Melayu adalah pelindung kepada orang Melayu.TITAH Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan sidang Parlimen bagi penggal kedua kelmarin supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan wajar mendapat perhatian semua pihak. Yang di-Pertuan Agong antara lain menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tubuh dan tertinggi di negara ini yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan. Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah turut melahirkan rasa kecewa kerana sikap biadab sesetengah pihak terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.Walaupun kenyataan itu bersifat peribadi dan tidak mewakili mana-mana sultan negeri lain, namun ia sudah cukup untuk melambangkan betapa tercalarnya peranan sultan Melayu pada pandangan masyarakat. Sememangnya pihak istana mempunyai sebab untuk berasa kecewa dengan sikap pakatan pembangkang mencabar Sultan Perak sehingga tergamak menyaman baginda tidak bertindak demokratik. Akhir sekali, sewaktu saya masih bersekolah, cikgu sejarah saya pernah berkata, apakah sumbangan terbesar Raja-Raja Melayu kepada orang Melayu. Katanya' Jikalau Parameswara tidak memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah", Melayu pada hari ini masih lagi berugama Hindu. Sebelumnya Parameswara beragama Hindu.Ini kerana pada masa itu orang Melayu menganggap Raja itu Bayangan Tuhan, dipercayai memiliki kesaktian, bertujuan memperkuatkan status / kedudukan raja, mitos dan lagenda memperkuatkan kedudukan raja, bertujuan untuk membezakan kedudukan raja dengan golongan yang diperintah, konsep orde kosmos/ menjadi raja terulung dan berkuasa terhadap seluruh alam semesta.Sebab itulah jika seorang Raja itu memeluk Islam maka sudah diwajibkan seluruh rakyat jelata mengikutnya.Apa pun jua tujuannya, Raja-Raja Melayu telah memberikan jasa terbesar kepada Melayu iaitu dengan memilih ISLAM itu sebagai agama baginda.
Amir HamzahBatu Pahat
Diambil daripada blog http://www.hambali1.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)