BANTAHAN DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN...ALLAHUAKBAR!!!

Nuffnang

Blogger Sokong Polis DiRaja Malaysia

Ex-Bounders

Ex-Bounders
SC 449

meh layan jab

Middle Of The Road - Soley Soley SABAI-SABAI (Thai Song) by ThongChai McIntyre ทำในประเทศไทย made in thailand KALAU BERPACARAN by sohaimi meor hassan, ana rafalli & altimet

Wednesday, January 25, 2012

DBKL Atau Datuk Bandar Perlu Jawab?


Menariknya Tahun Baru Cina kali ini, saya telah menerima segulung notis bil² sewa rumah daripada Jabatan Pengurusan Perumahan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yg dicampakkan ke dalam tong sampah rumah saya

Hah lagi menarik, sepatutnya bukan saya yg harus menerima bil² tersebut. Sebab..
1- Alamat tersebut bukanlah di dlm tong sampah
2- Saya bukan pekerja DBKL
Sambungan Di Blog Adinda Saya Klik Disini

Tuesday, July 12, 2011

Ekslusif - Konspirasi Pembunuhan Mangsa BERSIH Di Bongkar



Tuesday, July 12, 2011



Al Fatihah?




Kejam dan zalim itu lah yang akan terpancul dari mulut rakyat Malaysia yang menyaksikan video diatas. memang menyedihkan apabila seorang yang sedang Nazak dan akhirnya menemui ajal diperlakukan begitu Biadap oleh Pihak Polis tampa memberi apa apa bantuan kecemasan kepada mangsa yang sedang meraung kesakitan.




Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Itu kata mereka Blogg Blogg dan Media Pakatan Pembangkang sejak pada petang Sabtu sehinggalah ke hari ini. Mereka menyasarkan Video diatas dan Gambar gambar yang menunjukkan seolah olah Arwah Mati Shahid sewaktu Demo Bersih.

Video di atas dan Gambar gambar yang dikeluarkan memberikan kesan simpati kepada para penyokong Pakatan Pembangkang dan ianya juga berjaya menghasut rakyat Malaysia. Sentimen dan emelen sebegini memang menyentuh perasaan setiap insan yang menyaksikannya.Seterus sila KLIK DISINI

Monday, July 11, 2011

BERSYUKUR DENGAN APA YANG DIKURNIAKAN....


“Aku memang tak puas hati kenapa harga gula naik 20 sen! Zalim!”, jerit Bidin (bukan nama sebenar) di kedai mamak.

Perasaan tak puas hati membara. Teh Tarik yang diminumnya naik harga! Naik kira-kira 20 sen. Hairannya, mengapa harga teh tarik naik harga sedangkan susu pekat yang digunakan, dan bukannya gula. Peniaga mengambil kesempatan.

Akhirnya kerajaan juga menjadi bahan rungutan dan bukannya peniaga yang mengambil kesempatan. Duit banyak, tetapi seperti orang yang miskin semiskin-miskinnya.
Selepas minum Teh Tarik, Bidin terus menuju ke kereta Estimanya. Kebetulan di sebelah keretanya terpangkir sebuah BMW X6. Berderau darahnya melihat kereta mewah itu.

“Ciss.. Kenapa kereta dia lagi bagus? Ni sebab kerajaan minta cukai banyak-banyak la ni! Sampai aku tak mampu nak beli kereta mewah!”, Bidin berkata lagi.
.
.

Berlalulah Bidin pulang ke rumah. Sebelum sampai ke rumahnya, Bidin terlihat sebuah rumah banglo yang tersergam indah. “Ni mesti bagi rasuah ni, kalau tak takkan dia boleh buat rumah besar-besar ni!”.
Bidin tidak puas hati sekali lagi.

TIBA DI RUMAHNYA
Bidin memarkir keretanya di garaj. Di garaj keretanya terdapat 5 buah kereta lagi yang tersusun rapi. Di sebelah keretanya pula, tersusun lagi 5 buah motorsikal berkuasa tinggi.
Rumahnya pula 2 tingkat yang gah apabila orang lain melihatnya. Terdapat pula taman dan kolam ikan-ikan Koi. Cantik!
Bidin masuk ke dapur berjumpa isterinya dan berkata, “Yang.. Tadi abang lalu depan rumah Datuk *** tadi, rumahnya besar, Yang. Tak lain tak bukan mesti rasuah ni! Patutlah kita tak kaya lagi”.
Kereta 6 buah, Motorsikal 5 buah, rumah segah istana, tetapi masih dengki dan berasa tidak cukup. Nauzubillah.

HILANG SYUKUR DALAM ‘KEMISKINAN’
“RUMAH, PAKAIAN, MAKANAN”
3 asas utama dalam kehidupan manusia. Nabi Muhammad Solallahu A’laihi Wasalam berpesan kepada umatnya, jika kita berkehendak SELAIN 3 perkara tadi (tempat tinggal, pakaian, makanan), maka umatnya akan sibuk dengan hal dunia.
Benar kata Nabi, manusia akan sibuk dengan dunia jika kita menambah keperluan kita.
Lebih malang lagi, jika keperluan asas itu dirasakan tidak cukup dan berlebih-lebihan. Sudah ada rumah untuk berteduh, mahukan rumah yang lebih besar lagi. Sudah ada pakaian yang menutup aurat, mahukan pakaian yang berjenama dan lebih teruk jika mahukan pakaian yang tidak cukup kain pula!
Dunia yang meresap ke dalam hati dapat ‘memiskinkan’ keperluan hidup. Sudah ada segala-galanya masih mahu lagi dan lagi kemewahan dunia.
Miskin dalam kenikmatan.

BELAJAR SYUKUR KEPADA ALLAH
Salah satu cara yang dianjurkan untuk mensyukuri nikmat ALLAH kepada kita adalah dengan cara MEMANDANG KE BAWAH.
Memandang ke bawah? Apa itu? Sebuah kisah di jalanraya ini boleh diambil iktibar menyebut syukur kepada Allah.
Kisah pengguna jalan raya di sebatang jalan. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.
“Alahai hujan la pulak. Dah lah kereta Kancil kita ni kecik, berlubang pulak tu. Habis masuk air”, bebel Mak Minah. ”Jangan cakap macam tu, cuba tengok orang naik motor tu, lagi kesian basah lencun”, jawan Pak Abu.
Seorang penunggang motorsikal basah lencun. “Alhamdulillah. Walaupun aku basah, tapi aku boleh bergerak lagi. Kesian dekat orang yang jalan kaki tu, lagi kena hujan tak de tempat berteduh”.
Pejalan kaki di tepi jalan dan selepas itu menaiki sebuah bas. “Alhamdulillah. Walaupun aku basah, ada juga bas yang berhenti. Lagipun naik bas tak mahal, tak payah bayar tol, insuran bas, minyak diesel, maintanance lagi. Banyak tanggungan tu”.
“Bang.. Besarkan kereta tu, kalau dapat kereta besar tu, seronok kan bang?”, Mak Minah berkata lagi. “Syukurlah Maknya, ini sahaja yang kita ada. Syukur pada Allah dapat lagi baik dari penunggang motor dan pejalan kaki kat tepi jalan tu”.
Melihat kekurangan harta orang lain boleh memberi kesan kepada seseorang. Sama ada kesan yang baik atau tidak. Syukur atau kurang cukup. Itulah yang perlu diusahakan, syukur dengan apa yang ada dan jangan berasa tidak cukup dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.
Tidak salah untuk mengumpul harta, tetapi jangan jadikan harta sebagai maksud hidup kita. Harta yang ada perlu diinfak ke jalan Allah Taa’la.
Syukur.. Syukur dan syukurlah. Nasihat untuk saya dan anda semua. Allahu Akbar!

p/s: thank's to http:// ahmad-luahanrasa.blogspot.com

Sunday, July 10, 2011

Aksi-Aksi 9 Julai Dan Video Luahan Rasa Seorrang Musafir

hanya sedikit permulaan





video video

Saturday, July 9, 2011

ffffffuuuuuuUUuuuhhhhhhh

Baru bangun dari tido setelah 2 hari buat keje insyallah petang nanti saya akan upload gambar2 aksi2 perusuh...yang begitu bodoh dan terlampau taksub pada fatwa......