BANTAHAN DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN...ALLAHUAKBAR!!!

Nuffnang

Blogger Sokong Polis DiRaja Malaysia

Ex-Bounders

Ex-Bounders
SC 449

meh layan jab

Middle Of The Road - Soley Soley SABAI-SABAI (Thai Song) by ThongChai McIntyre ทำในประเทศไทย made in thailand KALAU BERPACARAN by sohaimi meor hassan, ana rafalli & altimet

Wednesday, April 29, 2009

AGENDA ASING CIA

CIA adalah senjata yang sangat penting untuk membekalkan maklumat terperinci yang boleh mengancam survival Amerika. Jika Malaysia mempunyai SB (Unit Cawangan Khas) Bukit Aman, CIA mempunyai tenaga kerja yang lebih terlatih dari segi usaha mendapatkan maklumat serta mencipta propaganda. Propaganda yang disebarkan mereka bukan sahaja halus, tapi tidak disedari oleh golongan sasar. Bahkan ‘peperangan’ yang dicipta mereka lebih kejam berbanding peperangan biasa. CIA, Mossad dan KGB mempunyai kerjasama erat dan mempunyai pelbagai rangkaian di seluruh dunia untuk mengawasi negara2 yang dilihat sebagai ancaman atau potensi ancaman kepada mereka. Mereka akan menjalankan propaganda halus untuk membolehkan kumpulan sasaran menghambakan diri kepada mereka.Aku ingin berkongsi maklumat yang diperolehi berkenaan teknik yang digunakan oleh perisikan2 ini untuk ‘menjajah’ kumpulan sasar mereka. Teknik yang digunakan akan dikaji secara mendalam supaya sesuai dengan budaya kumpulan sasaran. Contohnya semasa Amerika mahu menguasai Filipina, mereka telah mengkaji segala adat istiadat negara itu. Kajian mereka mendapati bahawa masyarakat Filipina sangat takut kepada hantu serap darah, maka propaganda itu telah digunakan. Pada suatu masa ketika tentera Filipina sedang mengawasi serangan Amerika, seorang tentera telah dibunuh tanpa disedari oleh rakan2nya yang lain. Tentera itu kemudian dibuang darahnya dan dimasukkan kayu dilehernya sebagai tanda telah dibunuh oleh hantu berkenaan.
Mengikut adat negara Filipina, kewujudan hantu hisap darah menunjukkan hantu berkenaan tidak merestui tentera itu.
Lalu semangat tentera Filipina sedikit demi sedikit menjadi lemah dan seorang demi seorang telah meninggalkan pasukan tentera.Contoh lain ialah seperti yang berlaku di Rusia. CIA melalui risikannya mengetahui rakyat negara berkenaan mempercayai astrologi (ramalan). Maka CIA mencipta ramalan itu dengan mengupah hampir kebanyakan ahli nujum negara Rusia untuk meramalkan sesuatu akan terjadi melalui beberapa siri peristiwa. Apabila satu2 ramalan itu menjadi kenyataan, maka rakyat Rusia telah mempercayainya sehingga CIA boleh membawa masyarakat kepada suatu pandangan yang dikehendakinya dan sekaligus menguasai negara berkenaan.Malaysia turut menjadi sasaran agensi2 risikan ini untuk membolehkan masyarakat kita mengikut telunjuk mereka.
Persoalannya bagaimana CIA, Mossad dan KGB melihat ciri2 rakyat negara ini? Rata2nya rakyat Malaysia terutamanya Melayu boleh berkompromi terhadap banyak perkara tetapi tidak sekali2 boleh berkompromi dalam aspek agama. Mereka sanggup berhujah bermati-matian untuk menentukan sesuatu perkara itu bidaah atau tidak. Mereka akan ‘melompat’ jika ada yang mengatakan solat subuh adalah 4 rakaat. Itulah dia orang Melayu yang menganggap soal agama bukanlah mainan. Arah aliran agama yang menjadi akidah Melayu di negara ini tidak boleh ditukar. Sensitiviti agama di negara ini amat jelas. Pemikiran yang berlainan sedikit dengan pemikiran sedia ada berkenaan agama tidak akan diterima oleh kebanyakan rakyat negara ini. Kefahaman agama secara ilmiah tidak dititik beratkan di negara ini. Agama ikut-ikutan menjadi tradisi yang sukar dipecahkan.
Maka jarum agensi risikan asing untuk melemahkan bangsa Melayu yang seramai 16juta orang di Malaysia mesti melalui agama mereka.
Maka individu yang mempunyai imej warak, ketinggian moral dan agama yang tinggi akan ditonjolkan. Individu yang diwar-warkan sebagai antara 100 pemimpin terhebat dunia, Asia next future leader yang mampu berkhutbah, mengimamkan solat serta mampu
menzahirkan pemikiran Hassan Al-Banna, Sayed Qutub, Syeikh Al-Ghazali dan Dr Yusof Al-Qardawi. Malah pertubuhan2 berbentuk Islam juga akan turut di ‘popular’kan peranan mereka oleh agensi risikan asing ini dalam masyarakat Melayu. Mereka tahu bahawa bangsa Melayu akan memandang tinggi kepada pemimpin dan pertubuhan yang mempunyai ciri2 Islam dan sukar untuk menidakkan sokongan terhadap mereka. Maka propaganda halus untuk menjadikan rakyat Malaysia menghambakan diri kepada barat akan menjadi lebih mudah kerana masyarakat dominannya iaitu Melayu berpecah disebabkan agama.
Persoalannya ialah siapakah pemimpin yang diperalatkan oleh CIA, Mossad dan KGB ini? Adakah pertubuhan2 seperti PAS, PKPIM, ABIM, SIS dan sebagainya turut menjadi boneka mereka? Banyak persoalan yang bermain dibenak aku ni yang menuntut jawapan yang sahih. Diharapkan ada insan yang dapat membantu aku merungkai persoalan2 ini. Nantikan yang lebih menarik dalam artikel Agenda Asing seterusnya.

Suspicion is one of the best defences.

No comments:

Post a Comment