BANTAHAN DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN...ALLAHUAKBAR!!!

Nuffnang

Blogger Sokong Polis DiRaja Malaysia

Ex-Bounders

Ex-Bounders
SC 449

meh layan jab

Middle Of The Road - Soley Soley SABAI-SABAI (Thai Song) by ThongChai McIntyre ทำในประเทศไทย made in thailand KALAU BERPACARAN by sohaimi meor hassan, ana rafalli & altimet

Wednesday, April 29, 2009

Malaysian Malaysia

Artikel ini saya tulis untuk meluahkan kemarahan saya kepada segelintir orang-orang melayu yang tidak tahu bersyukur dan kufur kepada nikmat yang mereka nikmati hari ini atas jasa “hak-hak keistimewaan orang melayu”. Baru-baru ini, saya berkesempatan berbual dan meninjau blog-blog penyokong parti pembangkang. Isu Malaysian Malaysia semakin hangat dibincangkan baru-baru ini dan sungguh saya tidak menyangka ramai orang melayu yang telah mula terpesong mindanya hanya kerana termakan dengan kata-kata manis DAP yang berniat jahat dan kejam.Ada komen daripada orang-orang melayu yang saya terima mengatakan “Malaysian Malaysia tidak boleh dielak lagi…selama ini pun ekonomi orang cina yang pegang, so apa bezanya?” Sungguh saya tidak menyangka ayat ini akan terkeluar daripada mulut orang-orang melayu. Sudah lupakah mereka yang kita hari ini banyak “terhutang budi” dengan hak-hak istimewa yang telah diperuntukkan? Cuba kita fikir, peluang melanjutkan pelajaran, peluang mendapatkan biasiswa, kemudahan membeli hartanah dan banyak lagi kebaikan yang kita perolehi hari ini adalah hasil daripada sedikit kelebihan yang diberikan untuk orang-orang melayu. Namun begitu, saya tidak menyalahkan golongan ini kerana mereka ini sebenarnya telah di ‘brain washed’ otaknya oleh melayu-melayu toyol yang berpengaruh seperti Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Husam Musa. Melayu-melayu toyol ini telah mempergunakan orang-orang melayu lain demi kepentingan politik mereka sehingga sanggup berkongsi pandangan dengan DAP yang sememangnya anti melayu dan anti Islam. Mereka bolehlah! Sudah kaya raya. Kalau kita hidup merempat pun, mereka masih lagi boleh memandu kereta Mercedes.Apabila orang melayu hari ini membicarakan soal ketuanan melayu, penyokong-penyokong taksub PKR-PAS akan menuduh kita terpengaruh dengan dakyah-dakyah UMNO. Golongan melayu yang terpengaruh dengan melayu-melayu toyol ini mengatakan bahawa “ketuanan melayu” adalah satu isu yang sengaja direka oleh UMNO sejak dulu lagi. Alangkah ceteknya pengetahuan mereka. UMNO ditubuhkan kerana hendak memelihara “ketuanan melayu”. Isu “ketuanan melayu” bukan wujud setelah tertubuhnya UMNO. Saya bercakap begini bukan kerana saya ahli UMNO akan tetapi sebagai orang yang tahu sejarah dan fakta, sudah semestinya saya akan turut mempertahankan hak-hak melayu dan menentang gagasan Malaysian Malaysia!Satu kenyataan daripada Wan Azizah baru-baru ini menyatakan, ahli-ahli parlimen BN yang mahu melompat ke Pakatan Rakyat haruslah bersedia meninggalkan parti yang bersifat perkauman. Nampaknya Wan Azizah sendiri sudah hilang jati diri hinggakan parti yang memperjuangkan nasib melayu sudah dianggap perkauman. Adakah apabila kita membicarakan tentang kebajikan orang melayu, kita dikira perkauman? Kalau begitu, orang melayu hari ini sudah tidak boleh bercakap apa-apa lagi. Kita sudah seperti menumpang di negara sendiri. Pelik juga dengan golongan melayu toyol ini, apabila bercakap pasal melayu dituduh perkauman, tapi gerakan HINDRAF disokong pula!Sangat sedih apabila melihat orang-orang melayu hari ini yang sudah semakin hilang jati diri dan mudah ditipu oleh ahli-ahli politik melayu tertentu yang gilakan kuasa dan pangkat. Orang melayu perlu bijak berfikir dan memperbanyakkan bacaan. Jangan hanya seronok mendengar kata-kata retorik sesetengah pemimpin yang sanggup menggadai bangsa. Bukalah minda anda, tinjaulah keadaan di dunia luar terutamanya di syarikat-syarikat Multinasional(MNC) di manakah kedudukan orang melayu. Lihat saja di jalan raya, siapakah yang banyak memandu kenderaan mewah dan kenderaan import? Keadaan itu sudah cukup membuktikan bahawa kita masih lagi perlu dibela dan belum bersedia untuk menerima ideologi Malaysian Malaysia yang dicita-citakan DAP. Ingatlah! Suatu hari nanti kita mungkin akan dipersalahkan oleh anak cucu kita kerana kesilapan kita hari ini yang telah menggadaikan hak bangsa. Adakah kita boleh mewariskan keselesaan hidup kita hari ini kepada anak cucu kita dengan memberikan sokongan kepada DAP dan sahabat-sahabatnya? Saya tinggalkan soalan ini untuk anda semua menjawabnya.

copy from-Ayi- PembelaMelayu.com

No comments:

Post a Comment