PULAU PINANG 8 Feb. – Pengerusi DAP, Karpal Singh menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut mengecam Ketua Pembangkang itu kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti).
“Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di sini bagi mengulas laporan polis oleh Pemuda UMNO berhubung kenyataannya untuk mengemukakan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai peralihan kuasa di negeri itu.
Karpal turut menegaskan bahawa Anwar harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam pakatan pembangkang hari ini.
Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pemimpin PKR dan DAP yang memberi sokongan terhadap tindakan lompat parti.
Katanya, sebagai Pengerusi kebangsaan DAP, para pemimpin dalam parti itu seharusnya memberikan sokongan terhadapnya dan bukan menyokong Anwar.
“Saya kesal kerana saya tidak berupaya mendapat sokongan malah daripada pemimpin parti saya sendiri. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya menyokong saya, bukan mengeluarkan kenyataan untuk menyokong Anwar Ibrahim.
“Saya mohon sokongan... saya adalah Pengerusi DAP hingga sekarang. Saya memberi amaran kepada pemimpin parti saya jangan keterlaluan mendesak saya... saya telah banyak bersabar selama ini, janganlah jadikan perkara ini semakin meruncing demi kepentingan PR dan demi kepentingan DAP,” katanya.
Karpal menegaskan bahawa pakatan pembangkang seharusnya terus memastikan kekukuhan parti dan mendapatkan sokongan rakyat sepenuhnya pada pilihan raya umum akan datang untuk membentuk sebuah kerajaan bagi mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN).
“Jangan ambil mudah kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, mandat untuk pembentukan sebuah kerajaan harus datang daripada rakyat,” katanya. –

p/s: baik bungkus jerla PAKATAN RAKYAT ni tak nampak berPAKAT pun....hahahahahhaahh
kedua-duanya diatas adalah 'HARAM' ..yang anjing tuh memang haram dan kena samak..yang sekor lagi tuh 'HARAM' jugak tapi 'HARAM JADAH'
No comments:
Post a Comment