BANTAHAN DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN...ALLAHUAKBAR!!!

Nuffnang

Blogger Sokong Polis DiRaja Malaysia

Ex-Bounders

Ex-Bounders
SC 449

meh layan jab

Middle Of The Road - Soley Soley SABAI-SABAI (Thai Song) by ThongChai McIntyre ทำในประเทศไทย made in thailand KALAU BERPACARAN by sohaimi meor hassan, ana rafalli & altimet

Friday, February 6, 2009

TINDAKAN BIADAP..!!!




KUALA KANGSAR - Benarkah sebilangan rakyat Perak kini sudah tidak menghormati raja mereka dek mengikut emosi selepas dihasut oleh sesetengah pemimpin politik?
Namun itulah yang berlaku di bandar diraja ini petang semalam apabila 3,000 penyokong Pakatan Rakyat mengikut kata hati bertindak liar merusuh termasuk tergamak menghalang kereta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah daripada meneruskan perjalanan ke Istana Iskandariah.Ada yang bagaikan hilang pertimbangan dengan sanggup berbaring di depan kereta Raja Nazrin kerana sukar menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat kini sudah kehilangan kuasa di Perak. Isteri Raja Nazrin, Raja Puan Besar Zara Salim turut berada dalam kenderaan itu.
Kekecohan berlaku ketika Raja Nazrin dan beberapa kereta rasmi orang kenamaan sedang dalam perjalanan ke upacara angkat sumpah Menteri Besar baru Perak di laluan utama menuju ke Istana Iskandariah berhadapan Masjid Ubudiah di sini semalam.
Perhimpunan haram Pakatan Rakyat tersebut dipercayai dirancang bagi menghalang upacara mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir yang dijadualkan berlangsung pukul 3.30 petang.Meskipun pihak polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah pun berkumpul di kawasan tersebut termasuk mengadakan sekatan lalu lintas di pintu gerbang Bukit Chandan di sini sejak pukul 11 pagi, kira-kira 3,000 individu terbabit secara tiba-tiba 'menyerbu' laluan utama tersebut.
Perhimpunan itu yang kemudian bertukar rusuhan dilakukan sejurus selesai solat Jumaat di masjid berkenaan kira-kira pukul 2.15 petang.




kita sebagai orang melayu n Malaysia harus berbangga kerana negara kita masih mengamalkan Sistem Raja Berpelembagaan.Yang mana2 yang rasa dirinya dah cukup terer tuh gi la lawan ZIONIS kat israel tuh...






No comments:

Post a Comment